Sukaneka disambut meriah

Sukaneka disambut meriah

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor, baru-baru ini telah mengadakan sukaneka di Jalan Sungai Carana anjuran bersama ahli Jawatankuasa Jalan Sungai Carana.

Antara lain tujuan aktiviti itu adalah untuk menyatupadukan penduduk RPN Panchor khususnya di Jalan Sungai Carana.

Di acara tersebut, beberapa aktiviti sukaneka telah disediakan untuk kunjungan orang ramai di mana lebih daripada lapan jenis sukan keluarga disediakan yang bertujuan untuk meningkatkan perpaduan dan keharmonian institusi kekeluargaan agar menjadi sebuah keluarga Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur.

Suasana di aktiviti Sukaneka Jalan Sungai Carana.
Suasana di aktiviti Sukaneka Jalan Sungai Carana.

Menurut pihak penganjur, mereka tidak menyangka akan mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang mana kebanyakan pengunjung memberikan respons yang baik.

Sukaneka yang diadakan itu bukan saja menyediakan beberapa aktiviti sukan keluarga, malah ia juga dimeriahkan lagi dengan adanya lebih daripada 20 buah petak gerai jualan yang menjual pelbagai barangan seperti makanan, minuman, pakaian dan banyak lagi.

MPK RPN Panchor bersama Jawatankuasa Jalan Sungai Carana merancang akan mengadakan lagi aktiviti seperti ini secara berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA