Sukarelawan diharap bawa perubahan positif

Sukarelawan diharap bawa perubahan positif

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) telah melancarkan ‘CATALYST’, nama ahli yang diberikan kepada sukarelawan KESAN di Majlis Penutup dan Majlis Penyampaian Hadiah Program Belia Brunei Berbakti; Belia Berwawasan, (3B) di Dewan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) di ibu negara, semalam.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan pelancaran video “CATALYST” yang membawa maksud pemangkin yang diharap akan meniupkan semangat di kalangan sukarelawan untuk menjadi batu loncatan misi dan visi Persatuan KESAN, ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Acara telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan ayat-ayat Suci Al-Quran, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis selaku Presiden Persatuan KESAN, Awang Ahmad Marwan bin Haji Mohammad Taib.

Majlis seterusnya diikuti dengan penyampaian hadiah kepada Pemenang Projek Terbaik 3B yang dimenangi oleh Kumpulan EnviroMen dengan projek mereka (#AKU INGAU). Kemudian Anugerah Pasukan Terbaik dimenangi oleh Kumpulan An-Najjah.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para pemenang yang terlibat dalam program 3B.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para pemenang yang terlibat dalam program 3B.

pg11_150608_b

Antara pameran-pameran yang diketengahkan oleh setiap kumpulan yang terlibat dalam program 3B.
Antara pameran-pameran yang diketengahkan oleh setiap kumpulan yang terlibat dalam program 3B.

Manakala Anugerah Peserta Terbaik Lelaki disandang oleh Awang Muhammad Faiz bin Abdul Hamid (Kumpulan Ideal Muslim) dan Anugerah Peserta Terbaik Perempuan disandang oleh Dayang Nurul Dinah Kazimah binti Kifli (Kumpulan An-Najjah).

Majlis seterusnya turut mengetengahkan pameran-pameran daripada setiap kumpulan yang terlibat dalam program 3B.

ARTIKEL YANG SAMA