Sukarelawan kekang kebakaran di kemuncak gunung

Sukarelawan kekang kebakaran di kemuncak gunung

MANILA, 28 Mac (AFP) –Beratus-ratus orang sukarelawan mengekang kebakaran hutan di puncak tertinggi Filipina yang memusnahkan hampir 200 hektar kawasan, kata pegawai hari ini.

Sekurang-kurangnya 200 orang sukarelawan membina satu garisan pengadang menggunakan penyodok, pencakar dan parang untuk membersihkan tumbuhan dan menghentikan kebakaran daripada merebak ke kawasan perhutanan semula yang dilindungi kira-kira 3,000 meter di atas Gunung Apo.

Pengadang kira-kira 10 meter lebar dan sekurang-kurangnya 200 meter panjang, kata Joey Recemilla, pegawai pelancongan dari Bandar Kidapawan di wilayah Cotabato, 955km ke selatan Manila.

“Namun kami masih lagi berwaspada, memandangkan kebakaran masih lagi berlaku di tempat lain gunung dan arah angin terus berubah,” tambahnya.

Kebakaran tercetus pada Sabtu berhampiran kemuncak Gunung Apo yang membanjarkan antara tujuh buah bandar dan pekan di seluruh tiga wilayah Davao del Sur, Cotabato dan Utara Cotabato.

Sekurang-kurangnya 700 orang pendaki selamat dipindahkan.

ARTIKEL YANG SAMA