Sukarelawan SCB hibur kanak-kanak YASKA

Sukarelawan SCB hibur kanak-kanak YASKA

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Sekumpulan 10 kakitangan sukarelawan Bank Standard Chartered Brunei (SCB), kelmarin, telah meluangkan masa mereka menganjurkan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) dan keluarga mereka di Fun Bee Park, Batu Bersurat.

Menurut kenyataan SCB, aktiviti itu menyaksikan 10 kanak-kanak dan adik-beradik serta ibu bapa mereka menyertai berbagai-bagai aktiviti seperti mewarna patung seramik, membuat rol susyi serta permainan-permainan berkumpulan sebelum diakhiri dengan menikmati hidangan tengah hari.

Ketua Hal Ehwal Korporat, Marilyn Graeme berkata, “Kami gembira dapat menganjurkan aktiviti pagi yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka bagi mengongsikan kegembiraan. Pada masa yang sama, kakitangan kami dapat meluangkan masa yang berfaedah dengan menyumbang balik kepada komuniti menerusi kesukarelawanan.”

pg10_150929_d

Sukarelawan SCB menyertai kanak-kanak YASKA dalam aktiviti mewarna.
Sukarelawan SCB menyertai kanak-kanak YASKA dalam aktiviti mewarna.
Kanak-kanak YASKA juga dibawa melakukan aktiviti memasak di Taman Fun Bee.
Kanak-kanak YASKA juga dibawa melakukan aktiviti memasak di Taman Fun Bee.

Seorang perwakilan dari YASKA dipetik sebagai berkata mereka berterima kasih bagi acara berkenaan kerana ia menyediakan aktiviti-aktiviti menyeronokkan kepada kanak-kanak dan peluang bagi ibu bapa berhimpun dan bertemu.

SCB adalah salah satu daripada sebilangan pertubuhan yang secara aktif menggalakkan kakitangannya meluangkan masa untuk melakukan kerja sukarela kepada masyarakat dengan memberikan cuti tiga hari kepada mereka di samping cuti tahunan.

Dengan lebih daripada 89,000 kakitangan di 70 pasaran berlainan, SCB dalam kenyataannya, menyatakan kepercayaan bahawa inisiatif-inisiatif kesukarelawanan ini akan mempunyai kesan positif yang besar di seluruh dunia.

ARTIKEL YANG SAMA