Sukarelawan UNISSA bersihkan masjid

Sukarelawan UNISSA bersihkan masjid

Oleh Sharifah Nor Najwa Haji Mat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 April – Seramai 18 orang mahasiswi Tahun 1 Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah dan Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), baru-baru ini, telah menjalankan aktiviti kebajikan membersihkan Masjid Kampung Kilanas.

Aktiviti kesukarelawanan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mahasiswi KUPU SB dengan masyarakat setempat.

Objektif aktiviti adalah untuk membersihkan kawasan dalam dan luar masjid, selain daripada itu, tangga kubur turut menjadi perhatian agar ia sentiasa kelihatan bersih dan cantik serta menanam pokok buah-buahan di persekitaran masjid bagi memeriahkan lagi aktiviti kebajikan berkenaan.

Gambar ramai bersama pensyarah dan Imam.
Gambar ramai bersama pensyarah dan Imam.
Menyapu tangga kubur bersebelahan dengan masjid.
Menyapu tangga kubur bersebelahan dengan masjid.

Selain itu, mereka turut mewakafkan sebuah almari untuk kegunaan masjid.

Sebagai tanda penghargaan, pengerusi acara telah mewakafkan satu bingkai gambar berupa tulisan ayat kursi kepada imam Masjid Kilanas untuk dijadikan kenang-kenangan.

Pihak sukarelawan mahasiswi KUPUSB juga menyatakan rasa berbesar hati kepada pihak Masjid Kampung Kilanas kerana telah sudi meluangkan masa demi menjayakan majlis yang berkebajikan ini.

ARTIKEL YANG SAMA