Sukma: 100 bas bawa 8,000 atlet dan pegawai

Sukma: 100 bas bawa 8,000 atlet dan pegawai

KUCHING, 11 Julai – Sejumlah 100 bas disediakan sebagai pengangkutan bagi membawa 8,000 atlet dan pegawai sepanjang Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang dianjurkan Sarawak dari 22 hingga 31 Julai.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur berkata daripada jumlah itu, Rapid KL menyediakan 25 bas manakala bakinya diperoleh daripada syarikat bas tempatan.

“Kerajaan negeri berterima kasih kepada Rapid KL yang menyediakan 25 bas ini. Bas ini akan digunakan sebagai pengangkutan membawa atlet dan pegawai ke lokasi pertandingan dan juga tempat penginapan mereka,” katanya pada Majlis Penyerahan Bas Rapid KL kepada kerajaan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Pegawai Operasi Rapid KL, Mohd Azam Omar kepada Mohamad Morshidi yang mewakili kerajaan Negeri Sarawak.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin (dua kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani (kanan) melepaskan konvoi bas RapidKL selepas majlis penyerahan 25 buah bas tersebut kepada kerajaan Negeri Sarawak di Ku-ching kelmarin. Sejumlah 100 bas disediakan sebagai pengangkutan bagi membawa 8,000 atlet dan peg-awai sepanjang Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang dianjurkan Sarawak dari 22 hingga 31 Julai. - Ber-nama
Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin (dua kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani (kanan) melepaskan konvoi bas RapidKL selepas majlis penyerahan 25 buah bas tersebut kepada kerajaan Negeri Sarawak di Ku-ching kelmarin. Sejumlah 100 bas disediakan sebagai pengangkutan bagi membawa 8,000 atlet dan peg-awai sepanjang Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang dianjurkan Sarawak dari 22 hingga 31 Julai. – Ber-nama

Sementara itu, Mohd Azam yang ditemui media berkata selain 25 bas itu, pihaknya turut menyediakan 30 kapten bas serta unit sokongan terdiri daripada unit operasi yang mengendalikan bas sepanjang temasya, polis bantuan dan unit kejuruteraan bagi memastikan kelancaran penggunaan bas itu nanti.

“Semua 30 kapten bas ini akan dibantu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyesuaikan diri dengan laluan di Kuching sebelum Sukma bermula.

“Harapan kami dengan sumbangan seumpama ini Sukma nanti akan lebih bersemarak, lebih meriah serta memberi kemudahan yang lebih baik kepada semua,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA