Sukuk Al-Ijarah $100 juta diterbitkan

Sukuk Al-Ijarah $100 juta diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku agen kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-141nya yang berjumlah $100 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 141 diterbitkan pada 12 Januari 2017 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 13 April 2017 dan kadar sewa 0.625 peratus. Dengan terbitan tersebut. kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $10.5282 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 12 Januari 2017 ialah sebanyak $573.2 juta.

ARTIKEL YANG SAMA