Sukuk Al-Ijarah $100 juta diterbitkan

Sukuk Al-Ijarah $100 juta diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-136nya yang berjumlah $100 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 136 diterbitkan pada 22 September 2016 untuk tempoh 182 hari dengan tempoh matang pada 23 Mac 2017 dan kadar sewa 0.75 peratus.

Dengan terbitan tersebut kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $10.185 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 22 September 2016 ialah sebanyak $455 juta.

ARTIKEL YANG SAMA