Sukuk Al-Ijarah $20 juta diterbitkan

Sukuk Al-Ijarah $20 juta diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mei – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-131nya yang berjumlah $20 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 131 diterbitkan pada 19 Mei 2016 untuk tempoh 273 hari dengan tempoh matang pada 16 Februari 2017 dan kadar sewa 0.9375 peratus.

Dengan terbitan tersebut. Kerajaan Brunei sehingga kini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $9.725 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 19 Mei 2016 ialah sebanyak $295 juta.

ARTIKEL YANG SAMA