Sukuk Al-Ijarah $38.2 juta diterbitkan

Sukuk Al-Ijarah $38.2 juta diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-137nya yang berjumlah $38.2 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 137 diterbitkan pada 13 Oktober 2016 untuk tempoh 364 hari dengan tempoh matang pada 12 Oktober 2017 dan kadar sewa 1.125 peratus.

Dengan terbitan tersebut. kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $10.223 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 13 Oktober 2016 ialah sebanyak $468.2 juta.

ARTIKEL YANG SAMA