Sukuk Al-Ijarah $50 juta diterbitkan

Sukuk Al-Ijarah $50 juta diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-129nya yang berjumlah $50 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 129 diterbitkan pada 14 April 2016 untuk tempoh 364 hari dengan tempoh matang pada 13 April 2017 dan kadar sewa 1.03 peratus.

Dengan terbitan tersebut. kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $9.605 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah baki pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 14 April 2016 ialah sebanyak $575 juta.

ARTIKEL YANG SAMA