Sukuk Al-Ijarah B$100 juta diterbitkan

Sukuk Al-Ijarah B$100 juta diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Mac – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku agen kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-128nya yang berjumlah B$100 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 128 diterbitkan pada 24 Mac 2016 untuk tempoh 182 hari, matang pada 22 September 2016 dan kadar sewa 1 peratus.

Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih B$9.555 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 24 Mac 2016 ialah sebanyak B$625 juta.

ARTIKEL YANG SAMA