Sukuk Al-Ijarah ke-132 diterbitkan

Sukuk Al-Ijarah ke-132 diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-132nya yang berjumlah $100 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 132 diterbitkan pada 2 Jun 2016 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 1 September 2016 dan kadar sewa 0.8125 peratus.

Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $9.825 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 24 Mac 2016 ialah sebanyak $395juta.

ARTIKEL YANG SAMA