Sukuk Al-Ijarah ke-133 diterbitkan

Sukuk Al-Ijarah ke-133 diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-133nya yang berjumlah $100 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 133 diterbitkan pada 28 Julai 2016 untuk tempoh 91 hari dengan tempoh matang pada 27 Oktober 2016 dan kadar sewa 0.625 peratus.

Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $9.925 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk Kerajaan Brunei sehingga 28 Julai 2016 ialah sebanyak $395 juta.

ARTIKEL YANG SAMA