Sukuk Al-Ijarah ke-134 diterbitkan

Sukuk Al-Ijarah ke-134 diterbitkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), selaku ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus dan mentadbir terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-134nya yang berjumlah $60 juta.

AMBD dalam kenyataannya hari ini berkata, Sukuk Al-Ijarah siri 134 diterbitkan pada 4 Ogos 2016 untuk tempoh 182 hari dengan tempoh matang pada 2 Februari 2017 dan kadar sewa 0.8125 peratus.

Dengan terbitan tersebut, kerajaan Brunei sehingga ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $9.985 bilion sejak tawaran pertama pada 6 April 2006 dan jumlah pegangan Sukuk kerajaan Brunei sehingga 4 Ogos 2016 ialah sebanyak $455 juta.

ARTIKEL YANG SAMA