Sultan Johor santap bersama masyarakat India

Sultan Johor santap bersama masyarakat India

KLUANG, 24 Jan – Sambutan perayaan Thaipusam cukup bermakna bagi penganut agama Hindu di Renggam tahun ini dengan kehadiran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini.

Ketibaan baginda pada kira-kira pukul 12.18 tengah hari di Kuil Hindu Samajam Sri Murugan, Jalan Layang Layang, Renggam, disambut penduduk dengan laungan ‘Daulat Tuanku’.

Baginda berkenan mencemar duli bersantap tengah hari dan meluangkan masa lebih sejam, sambil bermesra dengan lebih kurang 3,000 penduduk Renggam.

Sultan Ibrahim yang menaiki kenderaan rasmi diiringi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri R Vidyananthan, dan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Johor Abd Mutalip Abd Rahim. – Bernama

DISAYANGI RAKYAT... Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memotong kek pada majlis santapan tengah hari sempena Perayaan Thaipusam di Kuil Sri Murugan Hindu Samajam Rengam kelmarin. – Bernama
DISAYANGI RAKYAT… Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memotong kek pada majlis santapan tengah hari sempena Perayaan Thaipusam di Kuil Sri Murugan Hindu Samajam Rengam kelmarin. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA