Sumbang dan bantu 4 Julai ini

Sumbang dan bantu 4 Julai ini

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 1 Julai – Bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi, Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) akan mengadakan penyerahan sumbangan pakaian melalui Program Sumbang dan Bantu, Ceriakan Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan pada 4 Julai 2016.

Penyerahan sumbangan pakaian itu adalah bagi meringankan dan membantu orang-orang yang memerlukan bantuan terutama pakaian yang hendak digunakan semasa Hari Raya Aidilfitri ini, sekali gus dapat menceriakan pemakainya.

Sumbangan pakaian tersebut hasil daripada sumbangan orang ramai dan telah pun dibersihkan, dibungkus dan dikemaskan oleh ahli-ahli SUKA agar pakaian yang disumbangkan itu diterima dengan sebaiknya.

Orang ramai terdiri daripada golongan memerlukan yang berkeinginan untuk mendapatkan pakaian seperti baju kurung, baju cara Melayu dan sebagainya secara percuma bolehlah mengunjungi Bangunan Sukarelawan Daerah Tutong di No. 18, Spg 172, Jalan Sungai Basong Tutong hari tersebut bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Untuk mendapatkan sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Urus Setia SUKA, Haji Saifulbahri di talian 8865925 dan Awang Azmi di talian 8791516.

ARTIKEL YANG SAMA