Sumbangan $130,000 untuk Tabung Dana

Sumbangan $130,000 untuk Tabung Dana

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Tiga agensi swasta, iaitu Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Insurans Islam TAIB, dan Darussalam Holding Sdn Bhd hari ini menyerahkan sumbangan derma sejumlah $130,000 kepada Tabung Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah bagi Anak-Anak Yatim, sempena Majlis Khatam Al-Quran Perbadanan TAIB, di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota, Kampung Tamoi.

Sumbangan derma kepada Tabung Dana berkenaan adalah bersempena dengan bulan Ramadan untuk membantu anak-anak yatim melalui tabung berkenaan.

Menurut kenyataan, Perbadanan TAIB menyumbangkan sejumlah $100,000, Insurans Islam TAIB menyumbangkan $20,000 dan Darussalam Holding Sdn Bhd menyumbangkan sejumlah $10,000.

Sumbangan-sumbangan berkenaan disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Hadir menerima sumbangan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah bagi Anak-anak Yatim, Haji Brahim bin Haji Ismail.

Yang Berhormat Pengiran Dato Haji Mohammad dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pengiran Dato Haji Mohammad dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menghadiri majlis berkenaan.
Suasana ketika berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Perbadanan TAIB, di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota, Kampung Tamoi.
Suasana ketika berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Perbadanan TAIB, di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota, Kampung Tamoi.

Terdahulu, acara bermula dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan doa diketuai oleh tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohamad.

Majlis khatam berkenaan juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohammad Yussof. Acara diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama-sama dan solat Maghrib berjemaah.

ARTIKEL YANG SAMA