Sumbangan $8,000 untuk Tabung Anak Yatim JAPEM

Sumbangan $8,000 untuk Tabung Anak Yatim JAPEM

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yatim terus diberikan perhatian serta bantuan daripada bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga sektor swasta apabila Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan yang dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) menerima sumbangan berjumlah $8,000 dari Syarikat Goh Hock Kee Motor Sdn Bhd.

Majlis Penyerahan Derma tersebut berlangsung di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan, hari ini. Hadir untuk menerima sumbangan berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah yang disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Pengarah Urusan Syarikat Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

Sumbangan bersempena bulan Ramadan itu bermatlamat untuk membantu anak-anak yatim dalam menyambut bulan Syawal yang bakal menjelang nanti.

Majlis itu turut dihadiri oleh setiausaha tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Syarikat Goh Hock Kee Motor Sdn Bhd.

Yang Berhormat Pehin Goh King Chin (Kiri) menyampaikan sumbangan derma berjumlah $8,000 kepada Yang Berhormat Pehin Haji Hazair (kanan).
Yang Berhormat Pehin Goh King Chin (Kiri) menyampaikan sumbangan derma berjumlah $8,000 kepada Yang Berhormat Pehin Haji Hazair (kanan).
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair dan Yang Berhormat Pehin Goh King Chin yang menghadiri majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair dan Yang Berhormat Pehin Goh King Chin yang menghadiri majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA