Sumbangan ceriakan anak yatim di Aidilfitri

Sumbangan ceriakan anak yatim di Aidilfitri

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, yang juga Penghulu Mukim Telisai dan Pemangku Ketua Kampung Danau Tutong, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahid menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Danau, Tutong, kelmarin.

Majlis anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Danau bersama Majlis Perundingan Kampung Danau, Tutong, itu diharapkan dapat menambah kemeriahan suasana Sambutan Aidilfitri kepada anak-anak yatim berkenaan.

p08-1_20150720