Sumbangan kempen amal Mahabbah Ramadan TelBru

Sumbangan kempen amal Mahabbah Ramadan TelBru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Lebih 100 orang sukarelawan Telekom Brunei Berhad (TelBru) terlibat dalam kempen amal Mahabbah Ramadan yang berlangsung di keempat-empat daerah bermula hari ini.

Dalam kempen selama dua hari, sehingga esok ini, sebanyak 50 buah keluarga kurang bernasib baik telah dikenal pasti dan dipilih sebagai penerima sumbangan dengan 20 buah keluarga di Daerah Brunei dan Muara, serta 10 buah keluarga masing-masing di Daerah Tutong, Belait dan Temburong.

Di Daerah Brunei dan Muara, kempen diketuai oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Dayang Nurbahriah Eliza binti Abdullah.

Rumah pertama yang dikunjungi ialah Dayang Taisah binti Hidup di Kampung Junjongan, yang terpaksa menyara keluarga seramai tiga orang secara bersendirian kerana suaminya mengalami masalah gangguan mental.

Sesi bergambar ramai sukarelawan TelBru yang terlibat dalam kempen amal Mahabbah Ramadan.
Sesi bergambar ramai sukarelawan TelBru yang terlibat dalam kempen amal Mahabbah Ramadan.
(kiri) Dayang Nurbahriah Eliza binti Abdullah menyampaikan hamper kepada penerima Dayang Taisah di Kampung Junjongan (kanan).
(kiri) Dayang Nurbahriah Eliza binti Abdullah menyampaikan hamper kepada penerima Dayang Taisah di Kampung Junjongan (kanan).

Menurut Dayang Taisah, mereka bergantung pada sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) bagi masalah suaminya.

Seterusnya, rombongan sukarelawan TelBru membuat lawatan ke rumah seorang warga emas, Hajah Nisah di Kampung Wasan yang bergantung pada elaun pencen daripada kerajaan sebagai pendapatan bulanan.

Walau bagaimanapun, penerimaan pencen tersebut tidak dapat menampung perbelanjaan untuk kesemua anak-anak beliau dan menjadi satu masalah bagi kehidupan seharian mereka.

Kesemua keluarga menerima hamper Hari Raya dan pelbagai makanan keperluan seharian, di samping itu, TelBru juga memberikan pelbagai sumbangan kepada beberapa keluarga berupa barangan seperti pakaian, kasut dan makanan dalam tin.

ARTIKEL YANG SAMA