Sumbangan kepada 28 masjid

Sumbangan kepada 28 masjid

LUNDU, 14 Jun (Bernama) – Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM41,000 kepada 28 masjid di kawasan diwakilinya Tanjong Datu.

Majlis penyerahan sumbangan itu berlangsung di Masjid Darul Taqwa di sini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Bujang Helmi Hazmi dalam ucapannya pada majlis itu berkata, sumbangan itu akan digunakan untuk menganjurkan aktiviti bersempena bulan Ramadan.

Beliau berkata sejak Adenan menyandang jawatan sebagai ketua menteri setahun lalu, beliau telah banyak membantu penduduk di Sarawak.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan beliau kepada masjid-masjid,” katanya.