Sumbangan kepada tiga badan kebajikan

Sumbangan kepada tiga badan kebajikan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Tiga buah badan kebajikan terdiri daripada SMARTER Brunei, Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) hari ini masing-masing menerima sumbangan $2,000 daripada Syarikat Information and Communications Technology (ICT) Solution Provider (PAR Corporation Sdn Bhd) di majlis yang berlangsung di pejabatnya di Batu Satu.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan PAR Corporation Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Mun’im bin Pengiran Anak Haji Tahiruddin dan Pengarah Eksekutif PAR Corporation Sdn Bhd, Pong Seh Woei.

Menerima sumbangan bagi pihak Smarter Brunei ialah Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman manakala bagi pihak Persatuan Kanak-Kanak Kaca pula ialah Haji Abd Halim bin Haji Othman dan bagi pihak Pusat Ehsan pula ialah Dato Paduka Dr. Haji Omar bin Haji Khalid serta Haji Ahmad bin Haji Rahman.

Gambar ramai para penerima bersama warga PAR Corporation Sdn Bhd.
Gambar ramai para penerima bersama warga PAR Corporation Sdn Bhd.

Sumbangan merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat syarikat itu yang diadakan setiap tahun pada bulan Ramadan bagi membantu mereka yang memerlukan. Warga syarikat itu dan juga warga badan-badan kebajikan juga bersungkai bersama hari ini.

Menurut Pong Seh Woei, “Kami berasa gembira atas peluang dapat berbuka puasa bersama badan-badan kebajikan ini dan berharap sumbangan yang dihulurkan dapat menggembirakan dan mengurangkan beban kanak-kanak berkeperluan khas semasa Ramadan.”

ARTIKEL YANG SAMA