Sumbangan khidmat gunting rambut

Sumbangan khidmat gunting rambut

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Pelatih-pelatih istimewa perempuan Pusat Bahagia berpeluang untuk meraikan Hari Raya yang bakal menjelang dengan lebih gembira apabila mereka menerima sumbangan amal berbentuk perkhidmatan dandanan dan gunting rambut secara percuma di pusat berkenaan, Kampung Pulaie, kelmarin.

Seramai 15 orang pelatih perempuan pusat berkenaan menerima perkhidmatan gunting rambut secara percuma daripada Sarmadinah Hair & Beauty Saloon.

Menurut pengurus Salon berkenaan, Dayang Sarinah Awang Kenit, di samping sebagai salah satu kegiatan amal, sumbangan amal perkhidmatan gunting rambut itu juga diharap dapat memeriahkan dan menggembirakan pelatih-pelatih istimewa pusat itu dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pelatih-pelatih perempuan Pusat Bahagia menanti giliran untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma.
Pelatih-pelatih perempuan Pusat Bahagia menanti giliran untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma.

ARTIKEL YANG SAMA