Sumbangan terus dihulurkan

Sumbangan terus dihulurkan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 29 Jun – Tabung Anak-anak Yatim Daerah Belait terus menerima sumbangan derma daripada pelbagai pihak yang bermurah hati terutama sekali bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak, dan hari ini sumbangan turut diterima daripada seorang pengusaha wanita, Hajah Aisha binti Ismail, dan Sekolah Menengah Chung Hwa (SMCH), Kuala Belait.

Sumbangan berkenaan diterima oleh Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Othman di majlis yang diadakan di Pejabat Pegawai Daerah di Jabatan Daerah Belait, di sini.

Di majlis itu, Hajah Aisha menyerahkan sendiri sumbangan berjumlah $2,000, manakala SMCH menyumbangkan $11,896.24 yang disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif SMCH, Awang Tan Yong Kui sambil disaksikan bersama oleh Pengetua sekolah, Dayang Hong Geok Cheng serta rombongan guru dan pelajar sekolah berkenaan.

Dengan adanya sumbangan seumpama itu dapatlah Jawatankuasa Tabung Anak-anak Yatim Daerah Belait menambahkan lagi jumlah bagi tabung berkenaan yang akan diagih-agihkan kepada anak-anak yatim daerah ini pada setiap tahun menjelangnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan lebih $18,000 dari Sekolah Menengah Chung Hwa diserahkan kepada Haji Haris Othman.
Sumbangan lebih $18,000 dari Sekolah Menengah Chung Hwa diserahkan kepada Haji Haris Othman.

ARTIKEL YANG SAMA