Sumbangan terus diterima

Sumbangan terus diterima

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Sikap pemedulian dan murah hati masyarakat Brunei sentiasa menjadi amalan dan hari ini dua buah perkumpulan tampil menghulurkan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal dan Tabung Anak-anak Yatim Kebangsaan.

Kumpulan Isteri-isteri Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan ahli bersekutu menyumbang sebanyak $3,100 kepada Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Nepal manakala Persatuan Badan Kebajikan Isteri-isteri Pegawai dan Kakitangan Wanita Kerajaan Brunei (BISTARI) menyumbangkan sebanyak $1,500 kepada tabung berkenaan.

Kedua-dua badan tersebut turut masing-masing menyumbang $3,600 dan $2,000 kepada Tabung Anak-anak Yatim Kebangsaan.

Hadir menyampaikan sumbangan bagi pihak Kumpulan Isteri-isteri Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan ahli bersekutu ialah Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohammad, isteri kepada Menteri Pendidikan selaku pengerusi kumpulan manakala Persatuan Bistari pula diwakili oleh Yang Dipertuanya, Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman.

Sumbangan-sumbangan tersebut diserahkan kepada Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman di kementerian berkenaan, di sini.

Bergambar ramai selepas penyerahan sumbangan kedua-dua kumpulan berkenaan.
Bergambar ramai selepas penyerahan sumbangan kedua-dua kumpulan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA