Sumbangan wakaf kepada dua masjid

Sumbangan wakaf kepada dua masjid

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 6 Mac – Bagi membantu membisaikan lagi masjid-masjid di Daerah Tutong, Kumpulan Meraih Berkah telah menghulurkan sumbangan wakaf berupa alat penghawa dingin, sejadah dan telekung kepada dua buah masjid di daerah ini.

Majlis penyerahan sumbangan wakaf, hari ini, dimulakan di Masjid Kampung Sinaut yang menerima dua unit alat penghawa dingin, 10 helai sejadah dan 10 pasang telekung, dan disampaikan kepada ahli takmir masjid tersebut.

Penyampaian sumbangan wakaf berupa tiga unit alat penghawa dingin, 10 helai sejadah dan 10 pasang telekung seterusnya diberikan kepada wakil ahli Takmir Masjid RPN Bukit Beruang Tutong.

Hadir menyampaikan wakaf-wakaf tersebut ialah Ketua Kumpulan Meraih Berkah, Hajah Florinda binti Haji Mejenis.

Menurut Hajah Florinda, kejayaan Kumpulan Meraih Berkah bermula pada 2014, apabila mereka telah mewakafkan sejumlah 14,000 naskah Al-Quran berserta tahtim dan rehal kepada masjid-masjid terpilih di seluruh daerah.

Bergambar ramai di Masjid Kampung Sinaut.
Bergambar ramai di Masjid Kampung Sinaut.

Kumpulan itu terus menjalankan aktiviti amal iaitu mengajak para jemaah meneruskan pengajian harian mereka melalui jadual WhatsApp yang diedarkan setiap hari bermula satu hari satu lembar sehingga kini.

Pada bulan Ramadan tahun lalu, kumpulan berkenaan juga mewakafkan Al-Quran, takhtim, rehal, sejadah dan telekung kepada sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Usaha murni kumpulan itu kini diteruskan dengan menyumbangkan wakaf serta membantu membisaikan lagi surau-surau yang semakin uzur seperti surau di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, Surau Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

Hajah Florinda juga menjelaskan, tujuan aktiviti wakaf ini adalah bagi menambahkan lagi keberkatan dan mewujudkan rasa cinta kepada wakaf-wakaf yang disumbangkan oleh hamba-hamba Allah.

ARTIKEL YANG SAMA