Sumber inspirasi negara

Sumber inspirasi negara

Mukadimah: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah telah memberi perkenan kepada Media Permata bagi satu wawancara khas bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70. Berikut ialah petikan wawancara khas tersebut:

Media Permata: Sepanjang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerajui negara hampir 50 tahun, Negara Brunei Darussalam telah mencapai banyak kemajuan dan perubahan, malah profil Brunei sendiri begitu tinggi di mata dunia.

Pada hemat Duli Tuanku apakah kualiti istimewa Kebawah Duli Yang Maha Mulia sehingga berjaya meletakkan Brunei ke tahap yang ada sekarang?

DPPW: Duli Yang Maha Mulia sentiasa mengikuti perkembangan dan menggalakkan rakyat untuk mempunyai pandangan ke hadapan. Ini adalah bentuk kepimpinan yang terbaik.

Tidak puas hati dengan apa yang terdapat sekarang. Ini juga adalah sebagai pendorong untuk lebih bersedia dalam menghadapi masa hadapan.

pg04_160715_b

Baginda Sultan bersama DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan berangkat menyertai umat Islam dalam Perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W di ibu negara. – Gambar oleh Azrol Azmi
Baginda Sultan bersama DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan berangkat menyertai umat Islam dalam Perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W di ibu negara. – Gambar oleh Azrol Azmi

pg04_160715_d

Media Permata: Pada hemat Duli Tuanku, apakah pencapaian paling gemilang Negara Brunei Darussalam semasa kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia?

DPPW: Pencapaian gemilang semasa adalah setentunya kedudukan penghormatan yang dicapai oleh Negara Brunei Darussalam waktu ini dalam ASEAN, dalam Dunia Islam dan dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Media Permata: Sebagai paduka adinda paling rapat dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia semenjak kecil, mohon perkenan Duli Tuanku kongsikan serba sedikit pengalaman paling manis Duli Tuanku bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

DPPW: Kami berasa bertuah kerana mempunyai hubungan yang sangat rapat dan setiap detik adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Tetapi kenangan paling yang manis adalah sebagai rakan semasa menuntut di Kuala Lumpur sama ada semasa berada di sekolah atau pun di rumah dan semasa berada di Royal Military Academy Sandhurst.

Media Permata: Apakah perubahan, jika ada, yang Duli Tuanku ingin melihat berlaku di Brunei Darussalam dalam tempoh 10 tahun akan datang.

DPPW: Kita telah mewujudkan satu kedudukan yang kukuh di peringkat serantau dan antarabangsa yang boleh menolong kita untuk terus mencapai kestabilan. Oleh yang demikian, saya berharap kita boleh melakukan apa yang mampu untuk menggalakkan semangat globalisasi yang sebenar di mana kita sama-sama bekerja untuk kebaikan bersama seluruh rakyat Negara Brunei Darussalam. Bukan hanya mereka yang berada.

pg04_160715_c

pg04_160715_e

Media Permata: Ramai orang termasuk dari dalam dan luar negara melihat dan kagum dengan kemakmuran negara dan rakyat Brunei yang dicapai dalam masa relatif singkat, berkat kepimpinan adil dan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Apakah ciri keperibadian Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang paling Duli Tuanku kagumi?

DPPW: Saya berpendapat bahawa cara Duli Yang Maha Mulia menggalakkan sifat saling hormat-menghormati. Bersopan-santun, setia kawan dan perasaan muhibah.

Media Permata: Apa katakata hikmat atau nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang sentiasa menjadi azimat atau pegangan hidup Duli Tuanku hingga kini?

DPPW: Untuk sentiasa mengambil pendekatan sebenar dan mendukung dalam perkara-perkara hal ehwal luar negeri.

Media Permata: Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70, penghargaan bagaimanakah yang wajar untuk dipersembahkan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

DPPW: Kita hendaklah terus berusaha sebaiknya untuk sentiasa melaksanakan apa yang Duli Yang Maha Mulia inginkan iaitu sebuah negara yang mementingkan kebaikan dan mengalu-alukan semua orang.

ARTIKEL YANG SAMA