Sumpahan jersi kuning

Sumpahan jersi kuning

LE HAVRE, Perancis, 10 Julai (AFP) – Pemimpin Jelajah Perancis Tony Martin menjadi pemakai jersi kuning kedua terkeluar daripada perlumbaan selepas patah tulang selangka dalam satu klimaks dramatik ke peringkat keenam semalam.

Bagaimanapun, pengurus pasukan Etixx-Quick Step, Patrick Lefevere kemudian memberitahu stesen radio Europe 1 bahawa penunggang dari Jerman itu terkeluar daripada Jelajah.

Nasib malang Martin berlaku selepas pelumba Switzerland Fabian Cancellara, yang juga memakai jersi kuning ketika itu patah dua tulang belakang dalam kemalangan lain Isnin lalu.

Martin – yang mana rakan sepasukannya Zdenek Stybar memenangi peringkat keenam sedikit sebanyak menceriakan hari mereka – kelihatan belaga roda dengan Bryan Coquard di hadapannya dan kemudian bergoyang ke kanan.

Beliau terpesong sedikit dan terkena Warren Barguil dari Perancis dan mereka berkeletak ke arah juara bertahan Vincenzo Nibali – dengan ketiga-tiga berantakan sehingga terjatuh – sementara rakan harapan juara keseluruhan Chris Froome dan Nairo Quintana juga terperangkap dalam huru-hara itu.

Tony Martin terduduk di atas jalan selepas terjatuh pada peringkat kelima 191.5 km di antara Abbeville dan Le harve semalam. – AFP
Tony Martin terduduk di atas jalan selepas terjatuh pada peringkat kelima 191.5 km di antara Abbeville dan Le harve semalam. – AFP

Martin menghabiskan masa memegang bahunya sebelum kembali berhati-hati menunggang basikal dan ditolak ke hadapan oleh beberapa rakan sepasukan kerana beliau tidak dapat memegang hendal basikalnya.

Lefevere yang bimbang keadaan menjadi lebih buruk memberitahu AFP selepas tamat: “Dalam era lain anda boleh menunggang dengan tulang selangka patah tetapi sekarang tidak lagi.

Ini bermakna jersi kuning akan kembali kepada juara 2013 Froome untuk peringkat ketujuh dari Livarot ke Fougeres hari ini selepas mendahului pelumba AS Tejay Van Garderen 13saat. Peter Sagan yang selesai di tempat kedua, ketinggalan dua saat di belakang.

ARTIKEL YANG SAMA