Sunat Tarawih bersama Imam Mesir

Sunat Tarawih bersama Imam Mesir

Oleh Haji Norazalany

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Sempena bulan Ramadan yang Mubarak dan penuh keberkatan ini, majlis-majlis keagamaan sedang giat dilaksanakan di negara ini dan sudah pasti Sembahyang Sunat Tarawih juga diadakan di setiap masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara semata-mata untuk mendapat keredaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Republik Arab Mesir telah bekerjasama mendatangkan dua orang Imam dari Pensyarah Universiti Al-Azhar, Mesir iaitu Ustaz Mohammed Abdullah Alsadek Alsaid dan Ustaz Haggag Ahmed Mohammed Mohamedin untuk mengimamkan Sembahyang Sunat Tarawih di beberapa buah masjid yang terpilih di Negara Brunei Darussalam mengikut jadual yang diaturkan.

Pada malam tadi, Ustaz Haggag Ahmed Mohammed Mohamedin meneruskan lagi dengan mengimamkan sembahyang sunat tarawih di Jame’ ’Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, manakala Ustaz Mohammed Abdullah Alsadek Alsaid di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop.

pg03_150708_c

Hadir menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih di Jame’ ’Asr Hassanil Bolkiah pada malam tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Kedua-dua Imam tersebut mula mengimamkan Sembahyang Sunat Tarawih di negara ini pada 2 Julai 2015 yang lalu dan akan berakhir pada 13 Julai 2015.

ARTIKEL YANG SAMA