Sunderland, Arsenal sekadar seri 0-0

Sunderland, Arsenal sekadar seri 0-0

SUNDERLAND, 24 April – Pasukan Sunderland merangkak keluar dari zon penyingkiran Liga Perdana dan Arsenal melepaskan mata dalam pemburuan mereka bagi menyudahkan di empat kedudukan teratas dalam perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 di Stadium of Light, semalam. Dalam perlawanan yang menyaksikan beberapa peluang, Patrick van Aanholt dari Sunderland yang menggegarkan tiang menerusi sepakan bebas pada separuh masa pertama sementara bekas penjaga Arsenal, Vito Mannone menyelamatkan beberapa percubaan untuk menafikan kelab lamanya.

Kedua buah pasukan juga menyaksikan rayuan bagi sepakan penalti ditolak, pertama apabila pemain pertahanan Arsenal, Per Mertesacker menghalang rembatan Jermain Defoe dengan lengannya, kemudian beberapa minit kemudian apabila DeAndre Yedlin menggunakan lengannya yang menyaksikan rembatan Alex Iwobi melantun keluar.

Arsenal menamatkan perlawanan dengan kuat dan Mannone menyelamatkan rembatan menerusi Alexis Sanchez dan Danny Welbeck tetapi Sunderland mendapatkan mata yang membolehkan mereka berada di atas Norwich City menerusi perbezaan jaringan dengan kedua pasukan berbaki empat perlawanan. Newcastle United yang berada di dua tangga tercorot ketinggalan satu mata di belakang dengan berbaki kurang satu perlawanan.

“Kami mengeluarkan pasukan kami dari tiga tangga tercorot buat kali pertama dalam masa beberapa bulan dan cabaran sekarang bagi pasukan adalah untuk menghindarkan darinya,” kata pengurus Sam Allardyce.

“Saya rasa kami seharusnya mendapatkan penalti. Mertesacker memalingkan belakangnya dengan lengannya di atas dan berhenti seperti ia satu jaringan.”

Aksi pemain Arsenal, Mesut Ozil pada perlawanan tersebut. – AP
Aksi pemain Arsenal, Mesut Ozil pada perlawanan tersebut. – AP

Arsenal terus kekal di tangga keempat, di belakang Manchester City dengan perbezaan jaringan dan lima mata di atas finalis Piala FA, Manchester United, tetapi kemunculan kali ke 19 dalam Liga Juara–Juara masih tidak menjamin ketika United berbaki satu perlawanan.

Pasukan pelawat mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama dengan Iwobi hampir menjaringkan gol dan Mesut Ozil memaksa Mannone menyelamatkan kedudukan walaupun Van Aanholt hampir menjaringkan gol menerusi sepakan bebas.

Sunderland menguasai permainan selepas rehat dan memiliki peluang yang lebih baik dengan rembatan kencang Defoe berjaya dipatahkan oleh Petr Cech dan bekas pemain penyerang England itu kemudian menyepak bola liar. – Agensi