Sunderland kekal di EPL

Sunderland kekal di EPL

LONDON, 12 Mei (AFP) – Sunderland mengesahkan kedudukan di Liga Perdana Inggeris bagi musim depan selepas menundukkan Everton 3-0 awal pagi tadi, sekali gus memaksa Newcastle United dan Norwich City tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Dua jaringan pertahanan tengah Sunderland, Lamine Kone dan sepakan percuma Patrick van Aanholt memastikan skuad kendalian Sam Allardyce itu melebarkan jurang kepada empat mata daripada zon bahaya dengan berbaki satu perlawanan.

Norwich yang meraih kemenangan 4-2 ke atas Watford tetap kembali ke Liga Kejuaraan setahun selepas dinaikkan, manakala Newcastle juga kembali beraksi di liga divisyen kedua England itu sejak 2010.

“Sikap pemain sendiri yang memastikan kami mampu menyerap tekanan dan menampilkan persembahan sebegitu,” kata Allardyce kepada Sky Sports selepas perlawanan.

Pemain Sunderland, Lamine Kone (kiri) meraikan jaringan semasa menentang Everton di Stadium of Light kelmarin. – AP
Pemain Sunderland, Lamine Kone (kiri) meraikan jaringan semasa menentang Everton di Stadium of Light kelmarin. – AP