Sundhage teruja dengan skuad Sweden

Sundhage teruja dengan skuad Sweden

RIO DE JANEIRO, 18 Ogos – Negara baru akan dimahkotakan sebagai juara bola sepak wanita Olimpik dalam persaingan akhir esok selepas Sweden menentang Jerman di Stadium Maracana, Rio.

Bagaimanapun, akan terdapat pemenang pingat emas dua kali hadir ketika jurulatih Sweden, Pia Sundhage memburu pingat emas ketiga selepas membawa Amerika Syarikat mencatatkan kemenangan di Beijing dan London.

Sundhage mengakui dia terpaksa mengorbankan falsafah serangan bagi membawa negaranya merentap pingat bola sepak Olimpik pertama wanita, tetapi kesukaran dalam melakukannya menjadikan perjalanan Rio lebih menarik berbanding emas mementang pasukan AS yang dominan.

“Dari segi emosi saya merasa teruja. Sweden yang luar biasa berada dalam final,” kata Sundhage. “Saya sudah berada dalam final di China dan Olimpik London dengan pasukan yang dijangka orang ramai melakukan dengan baik. Laluan yang kami lalui adalah menarik dengan satu atau dua kekecewaan.”

pg24_160819_olympic logo

Sundhage merupakan orang yang mendalangi kejayaan skuad bola sepak Sweden dalam kembara Sukan Olimpik. – AFP
Sundhage merupakan orang yang mendalangi kejayaan skuad bola sepak Sweden dalam kembara Sukan Olimpik. – AFP

Tentu sahaja, Sweden memerlukan dua sepakan penalti untuk mengetepikan kekecewaan mereka dengan menyingkirkan juara dunia AS dan Brazil.

Taktik defensif yang diserapkan oleh Sundhage membuahkan hasil. Penjaga gol AS, Hope Solo mengkritik Sweden sebagai ‘penakut’ selepas kekalahan Olimpik pertama mereka dalam 15 perlawanan sejak lapan tahun.

“Ia adalah cara berbeza untuk beraksi. Dengan pasukan AS, permainn adalah bola sepak serangan, sekarang sebaliknya,” tambah Sundhage.

Bagaimanapun, dia enggan untuk memikirkan ulasan Solo sambil me-labelkannya sebagai ‘mengecewakan’ dan kekurangan nilai Olimpik berdasarkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

“Pasukan AS selalu memenangi pingat dan kami berbangga dapat beraksi pada final dan bukan pasukan AS.” – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA