Sungkai di Goldiana Café, berpeluang menang hadiah

Sungkai di Goldiana Café, berpeluang menang hadiah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Goldiana Café di Hotel Orchid Garden, Anggerek Desa, turut menawarkan promosi Bufet Sungkai Ramadan, dari pukul 6 petang hingga 10 malam, dengan menyajikan lebih 100 jenis hidangan daripada pembuka selera hingga makanan utama.

Antara hidangan pembuka selera yang disajikan adalah pelbagai jenis kek termasuk mufin, kek keju dan red velvet, serta kuih-muih tradisional.

Pilihan makanan utama termasuk nasi goreng, daging kambing, ayam kicap, makanan laut, sup daging, roti canai, cucur pisang dan banyak lagi.

Di samping itu, mulai minggu depan Hotel Orchid Garden turut menyediakan Dim Sum untuk sahur dengan sajian popular stiboat di Restoran Cina Vanda ditingkat satu.

Sajian bersungkai di Goldiana Café sesuai untuk berbuka bersama seisi keluarga dalam bulan yang penuh berkat ini.
Sajian bersungkai di Goldiana Café sesuai untuk berbuka bersama seisi keluarga dalam bulan yang penuh berkat ini.

Lebih menarik lagi, setiap pembelian melebihi $50 layak untuk menerima satu baucar bagi mengikuti cabutan bertuah mingguan yang mana setiap minggu dalam bulan Ramadan ini para pelanggan akan berpeluang memenangi hadiah berupa TV LED Philips 42 inci, Samsung Galaxy S6 LTE 64GB, baucar katering OGH bernilai $2,000 atau Apple iPhone 6 Plus 64 GB.

Selain itu, pelanggan yang menyertai peraduan bergambar semasa bersungkai dan bersahur di Hotel Orchid Garden dan memuat naik gambar berkenaan ke Instagram akan berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy S6 Edge (64GB).

ARTIKEL YANG SAMA