Suntik keceriaan menjelang Aidilfitri

Suntik keceriaan menjelang Aidilfitri

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Majlis penyampaian derma kepada 32 orang anak yatim dan orang kurang berkemampuan di Kampung Perpindahan Mata-Mata telah berlangsung, kelmarin, di kediaman ketua kampung tersebut, Pengiran Haji Mohd Salleh bin Pengiran Abdul Rahman.

Penyampaian derma telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Gadong ‘B’ Mejar (B) Haji Bakar bin Sapar dan mantan Setiausaha Tetap, Dato Paduka Haji Majid bin Mangarshah.

Majlis penyampaian derma ini diadakan buat kali kedua oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mata-Mata yang antara lain bertujuan untuk menambah keceriaan anak-anak yatim dan orang kurang berkemampuan dalam menyambut kedatangan bulan Syawal nanti.

Majlis itu diteruskan dengan penyampaian sijil MPK kepada 19 orang ahli bagi sesi 2011 hingga 2016.

Gambar ramai anak-anak yatim, orang kurang berkemampuan dan ahli-ahli MPK sesi 2011 hingga 2016 bersama tetamu kehormat majlis.
Gambar ramai anak-anak yatim, orang kurang berkemampuan dan ahli-ahli MPK sesi 2011 hingga 2016 bersama tetamu kehormat majlis.

ARTIKEL YANG SAMA