Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Suntik semangat menjelang Peperiksaan PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Seramai 153 orang pelajar termasuk ibu bapa dan guru-guru Tahun 6 Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB), hari ini, menghadiri Majlis Solat Sunat Hajat, membaca Surah Yasin dan ceramah motivasi bagi calon-calon Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun ini.

    Majlis berkenaan bertujuan untuk menyuntik semangat dan kesedaran pentingnya membuat persiapan diri dari segi emosi dan mental kepada calon-calon PSR.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Selawat Tafrijiyyah yang diketuai oleh salah seorang calon PSR, Awang Muhammad Syaamil bin Haji Kamarul Azam diikuti dengan bacaan doa dan solat Sunat Hajat dipimpin oleh Awang Muhammad Nabil bin Haji Maidin.

    Manakala bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Pengiran Haji Mohd Yusran bin Pengiran Haji Mohd Yusof.

    Majlis turut diserikan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Kaunselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

    Ceramah motivasi tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan dorongan dan galakkan kepada para pelajar agar berusaha lebih gigih menimba ilmu pengetahuan dan seterusnya meraih kejayaan dengan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal menjelang.

    Selain itu, objektif majlis juga adalah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar akan pengorbanan ibu bapa mereka.

    Haji Ali Yusri menyampaikan ceramah motivasi pada majlis itu.
    Para pelajar dan ibu bapa semasa mendengarkan ceramah motivasi berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...