Suntik semangat pelajar

Suntik semangat pelajar

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Seramai 95 orang murid Taman Didikan Anak-anak Polis Diraja Brunei bagi tahun 2016 menerima sijil dan hadiah pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah yang diadakan di Dewan Serba Guna Pusat Latihan Polis, Gadong, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 21 orang menerima hadiah Murid Terbaik 2016. Penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh isteri Pesuruhjaya Polis, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid selaku tetamu kehormat majlis.

Antara lain tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan semangat kepada murid-murid berkenaan untuk terus berusaha dalam pendidikan mereka selain mengeratkan hubungan silaturahim di antara ibu bapa dan penjaga dengan guru-guru di taman didikan itu.

Majlis diserikan dengan persembahan oleh murid-murid Taman Asuhan 2 dan diikuti dengan tarian oleh murid-murid Taman Asuhan 1 dan 3.

Tetamu kehormat ketika menyampaikan sijil dan hadiah kepada salah seorang pelajar.
Tetamu kehormat ketika menyampaikan sijil dan hadiah kepada salah seorang pelajar.

ARTIKEL YANG SAMA