Suntik semangat pelajar dalam bersukan

Suntik semangat pelajar dalam bersukan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 19 April – Dengan hasrat untuk memberikan galakan dan semangat kepada pelajar yang bersekolah di kawasan pedalaman, Sea Company Sdn Bhd telah menghulurkan sumbangan pakaian sukan kepada murid-murid Sekolah Rendah Datu Maharaja Setia Dian, Sukang Ulu Belait.

Penyampaian sumbangan berkenaan yang berlangsung di sekolah berkenaan, hari ini, telah disempurnakan oleh Pengurus Sea Company, Awang Saiful Rizan bin Abdullah.

Awang Saiful Rizan memberitahu bahawa sumbangan itu juga bagi menggalakkan murid-murid sekolah itu bergiat dalam pembelajaran dan aktiviti sukan.

Guru Besar Sekolah Rendah DMS Dian, Dayang Rosnah binti Datu Maharaja Setia Haji Muhd Simpok turut merakamkan ucapan penghargaan atas inisiatif syarikat tersebut dalam menyokong keperluan murid-murid yang belajar di luar bandar.

Beliau melahirkan harapan agar lebih ramai lagi penyumbang-penyumbang memberikan sokongan kepada murid-murid sekolah itu, supaya terus bersemangat, walaupun mereka berada jauh di pedalaman.

Pengurus Sea Company semasa menyerahkan sumbang pakaian sukan kepada seorang murid sekolah rendah tersebut.
Pengurus Sea Company semasa menyerahkan sumbang pakaian sukan kepada seorang murid sekolah rendah tersebut.

Setakat tahun 2015, keramaian murid di sekolah tersebut hanyalah 12 orang antaranya tujuh orang murid lelaki dan lima lagi perempuan dengan tenaga pengajarnya seramai enam orang sahaja.

Biarpun sekolah tersebut terletak di kawasan pedalaman, tetapi tidak pernah melihat ia sebagai penghalang untuk terus giat dalam pelbagai aktiviti, termasuklah lawatan di luar sekolah ke kawasan bandar dan sebagainya, selain sekolah itu juga pernah menerima lawatan daripada sekolah-sekolah lain termasuk Sekolah Rulang Singapura dan sekolah lain di negara ini.

Keramaian murid di sekolah itu semakin berkurangan apabila ramai dalam kalangan penduduk kampung berhijrah ke kawasan bandar kerana bertugas.

ARTIKEL YANG SAMA