Suntik semangat pelajar terokai bidang ilmu

Suntik semangat pelajar terokai bidang ilmu

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Seramai 100 orang mahasiswa-mahasiswi Tahun 2 dan 3 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghadiri Program ‘Kurapak Kitani’ Siri 3 bertajuk ‘My Call of Duty: Time To Shine’ yang berlangsung di Dewan Jubli UNISSA, baru-baru ini.

Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISSA dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya, Kementerian Pendidikan bersama EXCO Unit Akademik dan Kepimpinan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini mula diperkenalkan pada 14 November 2015 dan diharap dapat menyuntik semangat mahasiswa dan mahasiswi dalam terus tekun dalam menerokai bidang Ilmu.

Menurut kenyataan UNISSA, dalam program kali ini, pihak penganjur telah mengundang Alumni UNISSA untuk menyampaikan sesi ceramah sebagai perkongsian pengalaman dan memberikan tip-tip yang berguna untuk pelajar.

Penceramah-penceramah terdiri daripada mahasiswa Sarjana Sejarah dan Tamadun Islam, UNISSA, Awang Adi Aismat bin Lamat dan mahasiswi Kedoktoran Bidang Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hajah Ummi Faizah binti Abd Rahman. Sesi Ceramah telah dipengerusikan oleh Naib Yang Di-Pertua II, MPP, UNISSA, Dayang Siti Julaiha binti Puasa.

Ceramah antara lain menyentuh tentang betapa pentingnya bagi seseorang itu menjaga hubungannya sebagai seorang hamba kepada Allah dalam menunaikan kewajipan dan menjauhi laranganNya, sebagai seorang pelajar universiti harus berani keluar dari zon selesa.

Gambar ramai bersama yang terlibat dalam program tersebut.
Gambar ramai bersama yang terlibat dalam program tersebut.

Mereka seharusnya sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah di samping sentiasa bersifat merendah diri kepada orang di sekeliling. Berada di universiti sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi bukan bermakna seseorang itu telah berjaya mencapai matlamatnya, akan tetapi yang paling mustahak ialah bagaimana dirinya dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehinya ke dunia luar.

ARTIKEL YANG SAMA