Sunway sasar jualan hartanah RM1.4 bilion

Sunway sasar jualan hartanah RM1.4 bilion

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) – Sunway Bhd hari ini mengumumkan bahagian hartanahnya akan melancarkan hartanah bernilai RM1.6 bilion tahun ini, dengan sasaran jualan RM1.4 bilion di rantau ini.

Pengarah Urusan Bahagian Pembangunan Hartanah untuk Malaysia dan Singapura, Sarena Cheah berkata, kumpulan itu mencatat jualan RM1.2 bilion tahun lepas.

Menurutnya, kira-kira 70 peratus pelancaran tahun ini ialah di Lembah Klang dengan nilai pembangunan kasar ((GDV) berjumlah RM1 bilion.

Pelancaran hartanah lain termasuk di Johor dengan GDV RM400 juta manakala di Ipoh dan Pulau Pinang dengan GDV kira-kira RM200 juta.