‘Super Mario’ rai ulang tahun ke-30

‘Super Mario’ rai ulang tahun ke-30

TOKYO, 13 Sept (AFP) – Nintendo akan meraikan ulang tahun ke-30 Super Mario, salah satu karakter yang dikenali dalam sejarah permainan video, pada satu acara di Tokyo malam ini yang mana beberapa artis akan memainkan muzik tema kepada peminat-peminat yang berpakaian seperti tukang paip.

Pencipta siri Super Mario, Shigeru Miyamoto dan komposer muzik permainan video, Koji Kondo akan dijadualkan menyertai sebagai tetamu, sementara peminat-peminat, kebanyakannya dijangka akan hadir dengan pakaian Mario berwarna biru, topi merah dan bermisai, akan menyaksikan persembahan secara langsung muzik Mario yang dikenali itu.

Sejak Mario kali pertama muncul pada skrin-skrin di bawah namanya sendiri pada 13 September 1985, Nintendo telah menjual lebih 310 juta unit yang memperkenalkan pengembaraan tukang paip yang menentang Goombas dan Koopa Troopas ketika dia berusaha menyelamatkan Puteri Peach.

Karakter itu sebelumnya membuat kemunculan dalam permainan arked Nintendo “Donkey Kong”, tetapi di bawah nama Jumpman.

Dengan uniformnya dan misai yang tersendiri, tukang paip yang aktif ini dengan pantas dikenali, kualiti yang jarang ditemui dalam pasaran permainan.

Gambar fail yang diambil pada 25 Oktober 2012, menunjukkan pereka permainan video Jepun, Shigeru Miyamoto (tengah) ketika dia bergambar bersama bintang permainan arked, Mario Bros dan Luigi di Teater Jovellanos di Gijon. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 25 Oktober 2012, menunjukkan pereka permainan video Jepun, Shigeru Miyamoto (tengah) ketika dia bergambar bersama bintang permainan arked, Mario Bros dan Luigi di Teater Jovellanos di Gijon. – AFP

“Mario sekarang mempunyai status dalam budaya popular yang sama kepada Mickey Mouse,” Florent Gorges, pengarang buku sejarah mengenai Nintendo dari Perancis memberitahu AFP.

Dalam pengembaraannya yang dikenali, Mario datang menyelamatkan Puteri Peach, tetapi wira kami juga dimasukkan ke dalam format yang memperkenalkan bola sepak, golf atau kart.

Permainan itu kerap ditemani dengan kecanggihan teknologi, seperti format tiga dimensi yang diperkenalkan oleh “Super Mario 64” pada 1996.

Untuk meraikan kejayaan tiga dekad, Nintendo mengeluarkan “Super Mario Maker” dalam konsol WiiU, yang membenarkan pemain untuk mereka dunia mereka sendiri bagi Mario, atau menggunakan yang dicipta oleh pemain lain dan berkongsi melalui Internet.

Nintendo juga menyaksikan ledakan pasaran-pasaran permainan telefon pintar – pelepasan yang lama dinantikan dalam dasar konsol.

Syarikat yang berpangkalan di Kyoto itu mengatakan pada Mac ia akan menghasilkan permainan berdasarkan hos karakter popular, namun tidak memberikan butiran lanjut tentang bagaimana ia akan dapat dimainkan dalam telefon pintar atau tablet.

ARTIKEL YANG SAMA