Superman dunia tenis

Superman dunia tenis

MELBOURNE, 25 Jan – Gael Monflis berkata dia bernasib baik untuk tidak mengalami patah tulang selepas lompatan akrobatiknya yang mengakibatkannya mengalami luka dan bengkak dalam laluannya ke suku akhir Terbuka Australia pertamanya hari ini.

Pemain dari Perancis itu melompat bagi voli di garisan yang tidak berjaya ketika persaingan empat set menentang Andrey Kuznetsov dari Rusia, untuk mendapatkan sorokan daripada penyokong.

Selepas itu Monflis mendapatkan rawatan di jarinya dan mengalami bengkak yang mengakibatkannya tidak dapat memegang raket tetapi dia menegaskan dia tidak kesal dalam keadaan itu.

Pemain itu, 29, memenangi 7-5, 3-6, 6-3, 7-6 (7/4) dalam tempoh dua jam, 37 minit untuk mara ke peringkat lapan pemain terakhir buat kali pertama dalam 11 percubaan, dan akan menentang Milos Raonic.

“Ia begitu menyakitkan. Saya tidak dapat memegang apa pun buat masa sekarang. Saya mengalami luka yang dalam. Ia tidak apa–apa. Tetapi saya mengalami bengkak. Saya bernasib baik tidak mengalami keretakan,” Monflis memberitahu wartawan.

Gael Monfils ketika melakukan lompatan akrobatik untuk mengejar bola daripada pihak lawan. – Reuters
Gael Monfils ketika melakukan lompatan akrobatik untuk mengejar bola daripada pihak lawan. – Reuters

“Ketika itu, saya merasakan saya boleh menerimanya. Jadi saya hanya melakukannya kerana saya rasa saya mempunyai keupayaan untuk melakukannya. Tetapi anda tahu, saya bukanlah batu.”

Ditanya sama ada dia kesal dengan lompatannya di sekeliling gelanggang, Monflis menjawab: “Tidak, tidak akan kesal.”

“Ia seperti naluri,” tambahnya. “Sama seperti beberapa pemain bola sepak, saya tidak tahu bagaimana untuk menyatakannya dalam Bahasa Inggeris, tetapi mereka melompat dan melakukannya. Ia adalah semula jadi.

“Saya selalu berkata, orang ramai merasakan ia seperti mengapa saya merebahkan diri saya di atas lantai tanpa sebarang tujuan. Saya melakukannya kerana saya tahu saya boleh melakukannya. Itulah keadaannya. Orang ramai perlu memahaminya jika saya melompat, ia kerana saya tahu saya boleh melompat.”

Pilihan ke-23 itu menghalang servis Kuznetsov sebanyak tiga kali dan kehilangan servisnya sendiri dua kali dalam mencapai suku akhir Grand Slam ketujuh pada keseluruhannya.

Monflis memenangi 81 peratus dari servis pertamanya dan dia berkata ia faktor penting menentang Kuznetsov. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA