‘Supermoon’ tarik pengunjung ke BSB

‘Supermoon’ tarik pengunjung ke BSB

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Nov – Orang ramai di negara ini kelihatan berpusu-pusu berkunjung ke Kawasan Dermaga Diraja di ibu negara malam ini bagi menyaksikan fenomena ‘Supermoon’ atau lebih dikenali sebagai bulan purnama terbesar.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan telahpun menyediakan teleskop bagi kemudahan orang ramai di kawasan berkenaan agar dapat melihat lebih dekat lagi fenomena ‘Supermoon’ ini.

Fenomena ‘Supermoon’ ini ialah di mana bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah dan kedudukannya paling dekat dengan bumi. Fenomena ‘Supermoon’ ini berlangsung selama dua jam 30 minit iaitu bermula pada 7:24 malam ini sehingga 9:54 malam.

Supermoon atau ‘perigee’ yang dilihat dari Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Bandar Seri Begawan, malam tadi. Fenomena bulan berada paling hampir dengan bumi berlaku pada 68 tahun lepas dan ia dijangka berlaku lagi 18 tahun akan datang iaitu pada tahun 2034.  – Gambar Muiz Matdani
Supermoon atau ‘perigee’ yang dilihat dari Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Bandar Seri Begawan, malam tadi. Fenomena bulan berada paling hampir dengan bumi berlaku pada 68 tahun lepas dan ia dijangka berlaku lagi 18 tahun akan datang iaitu pada tahun 2034. – Gambar Muiz Matdani
Orang ramai yang berkunjung ke Kawasan Dermaga Diraja untuk menyaksikan fenomena ‘Supermoon’. - Gambar oleh Bahyiah Bakir
Orang ramai yang berkunjung ke Kawasan Dermaga Diraja untuk menyaksikan fenomena ‘Supermoon’. – Gambar oleh Bahyiah Bakir

Fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015, namun kejadian kali ini adalah ‘Supermoon’ terbesar dan dijangka berlaku lagi 18 tahun akan datang.

Salah seorang pengunjung, Awang Muhammad Nazmi bin Puasa ketika ditemui menyatakan ini merupakan peluang keemasan bagi orang ramai untuk berkunjung ke ibu negara dan menyaksikan sendiri dengan mata kasar fenomena ‘Supermoon’ ini.

ARTIKEL YANG SAMA