Surat Alexander Hamilton dilelong di NYC

Surat Alexander Hamilton dilelong di NYC

NEW YORK – Persembahan hebat Broadway bersinar dan mendapat perhatian pada koleksi dokumen Amerika yang bersejarah: surat Alexander Hamilton, yang dilelong di Sotheby, New York City (NYC).

Javier Munoz, yang memainkan watak sebagai Alexander Hamilton di persembahan muzikal Broadway telah menitiskan air matanya apabila beliau memegang satu-satunya surat dari anak Hamilton, Philip kepada orang yang dialamatkan sebagai ‘Papa’.

Anaknya meminta bapanya untuk mendapatkan nasihat dalam surat yang bertulis, dan menyatakan bahawa mentor beliau telah memadam perkataan dimana Hamilton benar-benar gemari.

“Saya terharu,” kata Munoz, yang memegang sekeping kertas lama halus yang tidak dilindungi, dengan meminta izin untuk melihat di muka sebelahnya surat itu. “Ianya seperti seseorang yang masuk ke sebuah apartment dan mencari meja dimana beliau melakukan kerja. Untuk itu ia dapat mendedahkan bahawa bagaimana minda mereka berfungsi.”

Berpuluh-puluh surat ditulis oleh salah seorang bapa pengasas negara ini akan dilelong pada 18 Januari ini dengan anggaran bernilai dari AS$1.4 juta sehinggalah AS$2 juta. Tetapi Sotheby menjangka minat yang mendalam dalam satu megahit ‘Hamilton’, harga tersebut mungkin akan melonjak naik.

Javier Munoz (kiri) ketawa dengan pereka set persembahan Broadway ‘Hamilton’, David Korins, apabila mereka membaca surat daripada Hamilton kepada penerima yang tidak dinamakan, mungkin Yeremia Wadsworth, mengenai pilihan raya presiden 1796. – AP
Javier Munoz (kiri) ketawa dengan pereka set persembahan Broadway ‘Hamilton’, David Korins, apabila mereka membaca surat daripada Hamilton kepada penerima yang tidak dinamakan, mungkin Yeremia Wadsworth, mengenai pilihan raya presiden 1796. – AP
Sepucuk surat yang ditulis oleh anak Alexander Hamilton, Philip kepada bapanya yang bermula dengan tulisan “Dear Papa”, telah dipaparkan di Sotheby, New York. – AP
Sepucuk surat yang ditulis oleh anak Alexander Hamilton, Philip kepada bapanya yang bermula dengan tulisan “Dear Papa”, telah dipaparkan di Sotheby, New York. – AP

Barangan yang paling berharga dalam lelongan itu, dianggarkan sebanyak AS$300,000 hingga AS$500,000, salah satu esei Hamilton ‘Pacificus’ yang mana menerangkan mengenai penyelesaian sesuatu isu perbalahan – pengisytiharan George Washington dalam negaranya berkecuali semasa konflik di antara Perancis dan Great Britain.

“Ini adalah suatu bahan unik sejarah dengan Zeitgeist yang popular,” kata Selby Kiffer, pakar rumah lelongan bagi buku-buku dan manuskrip. “Saya tidak mengalami apa-apa seperti ini sebelum ini.”

Pereka set persembahan tersebut, David Korins, juga mencipta bahagian ruang pameran Sotheby’s Americana termasuk jenis-jenis perabot dan seni Hamilton sepanjang kehidupan sehariannya.

Diatas ruang pameran itu, gantungan tali Korins bunjee yang berwarna merah, putih dan biru mengelilingi laluan pelawat, dengan mencerminkan benang bendera Amerika.

Munoz berkata dengan membaca pemikiran peribadi Hamilton pada segala-galanya daripada kehidupan cintanya dan kerjaya politiknya dari perang dan juga berkebun telah memberi kesan mendalam dalam prestasi kerjayanya, terutamanya butira-butiran lanjut yang mungkin tidak diperolehi daripada persembahan Broadway.

“Sebahagian daripada kekaguman saya adalah bagaimana kasualnya suasana ini,” kata Munoz, dimana Korins ketawa disisinya apabila mereka menyelak salah satu surat di mana Hamilton menulis kata-kata genit kepada kakak ipar beliau, Angelica Church.

Para penduduk mengharapkan setiap perkataan dan surat manuskrip itu ditarik balik kepada dimensi sejarah, Munoz berkata, “Ia seperti, ‘hei, apa khabar?’ – Anda tahu, seperti tweet saya kepada seseorang, atau saya hanya menghantar sms kepada ibu saya “.

Surat-surat tersebut milik keturunan Hamilton. – AP

ARTIKEL YANG SAMA