Surat Columbus ditemui semula

Surat Columbus ditemui semula

ROM, 18 Mei (dpa) – Satu surat yang dicuri dari Florence yang mengandungi laporan-laporan pengembara kelahiran Itali Christopher Columbus mengenai “penemuan” Amerika telah ditemukan semula di Amerika Syarikat, polis seni Carabinieri Itali berkata hari ini.

Dalam satu keterangan, pihak Carabinieri berkata surat “sangat” berharga itu bertarikh sejak 1493, setahun selepas Columbus kali pertama mendarat di kawasan Bahamas ketika ini. Ia ditujukan kepada raja-raja negara Eropah dan memberitahu mereka seorang pengembara kelahiran Itali telah menemui Amerika.

Ia berkata lagi bahawa surat itu bernilai 1 juta euro (AS$1.13 juta), namun telah dijual pada satu lelongan di AS bagi 400,000 dolar dalam tahun 1992. Ia kemudian diberikan kepada Kongres AS oleh seorang penderma tanpa nama.

Salinan semula surat asal milik Christopher Columbus yang dipamerkan ketika sidang media di Rom. – AP
Salinan semula surat asal milik Christopher Columbus yang dipamerkan ketika sidang media di Rom. – AP

Pihak Carabinieri bekerja rapat dengan rakan sejawatannya di AS dalam siasatan itu, yang bermula pada 2012, Menteri Budaya Itali, Dario Franceschini dan Duta AS ke Itali, John R Phillips berkata dalam satu sidang media bersama di Rome.

Ia mengambil masa berdekad-dekad untuk menyedari surat itu telah dicuri dari Florence Biblioteca Riccardiana kerana surat asli telah ditukar dengan yang palsu. Satu lagi dokumen palsu dijumpai di satu lagi perpustakaan awam di Rome.

Columbus, yang membuat pelayaran bagi pihak Diraja Sepanyol, secara tradisinya digelar orang Barat pertama untuk membuat hubungan dengan orang-orang asli di Amerika, walaupun terdapat bukti bahawa ahli pelayaran Nordic mendahuluinya terlebih dahulu pada Zaman Pertengahan.