Surat lantikan Pengawasan Kejiranan Temburong

Surat lantikan Pengawasan Kejiranan Temburong

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui pihak Balai Polis Bangar, Temburong dan Daerah Polis Temburong mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Surat Lantikan Keahlian Pengawasan Kejiranan Kepada Penghulu-Penghulu Mukim selaku Penasihat Pengawasan Kejiranan, Ketua-ketua Kampung selaku Pengerusi Pengawasan Kejiranan dan anak buah kampung yang telah diterima sebagai ahli Pengawasan Kejiranan pada 8 dan 9 Julai yang lalu.

Surat lantikan tersebut telah disampaikan oleh Penguasa Polis Mohammad Azrie bin Haji Talip, Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok.

Majlis tersebut juga diteruskan dengan bacaan Tahlil dan majlis berbuka puasa.

Turut hadir ialah Ahli Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Belingus, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, para pegawai serta anggota polis Daerah Polis Temburong.

Antara mereka yang hadir di majlis lantikan keahlian pengawasan kejiranan Daerah Temburong.
Antara mereka yang hadir di majlis lantikan keahlian pengawasan kejiranan Daerah Temburong.

pg11_150713_c

Sebanyak 13 buah Pengawasan Kejiranan telah ditubuhkan di Daerah Temburong dan setakat ini mempunyai sejumlah 157 orang ahli.

Sepanjang keahlian mereka dalam Pengawasan Kejiranan tersebut, mereka sangat aktif dalam menjalankan rondaan dan pencegahan jenayah di kampung masing-masing.

Dengan adanya acara tersebut, ia akan dapat lagi memberikan semangat kepada ahli-ahli Pengawasan Kejiranan dalam menjadikan kampung mereka bebas daripada jenayah.

ARTIKEL YANG SAMA