Suri rumah fitnah Polis Miri, ditahan untuk siasatan

Suri rumah fitnah Polis Miri, ditahan untuk siasatan

MIRI, 6 Jun – Polis Miri telah menahan seorang suri rumah berusia 21 tahun untuk siasatan berikutan tindakannya membuat kenyataan memfitnah polis di laman Facebook ‘Miri Complain Community” semalam.

Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata polis menahan wanita itu pada pukul 11 malam tadi.

“Polis akan memohon perintah tahanan reman untuk wanita itu pada petang ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Polis turut merampas satu unit telefon bimbit, satu unit tablet jenama Lenovo, kad sim jenama Hotlink dan kad memori daripada wanita itu, katanya.

Beliau berkata, suri rumah itu akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Stanley berkata wanita itu antara lain mendakwa mempunyai maklumat mengenai polis yang menerima rasuah serta mencabar polis mengambil tindakan terhadapnya. – Bernama