Suruhanjaya Australia ucap tahniah

Suruhanjaya Australia ucap tahniah

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Pesuruhjaya Tinggi Australia Tuan Yang Terutama Todd Mercer mengucapkan tahniah kepada semua yang dilantik dan dilantik semula dalam kabinet baru menteri yang diumumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini.
Tuan Yang Terutama juga mengambil maklum mengenai perkara itu dan berharap dapat bekerjasama dengan kesemua menteri pada masa akan datang untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah pun kukuh dan perkara-perkara yang dikongsi bersama, khususnya dalam institusi serantau utama dan proses seperti APEC, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Tuan Yang Terutama juga mengambil maklum sumbangan penting menteri-menteri dan timbalan menteri yang bersara bagi pembangunan Brunei dan juga hubungan dua hala serta mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

ARTIKEL YANG SAMA