Suruhanjaya Diraja diseru siasat penganiayaan

Suruhanjaya Diraja diseru siasat penganiayaan

SYDNEY, 1 Sept (AFP) – Australia mesti menghadapkan dakwaan rogol dan layanan buruk di kem imigresen di pulau Pasifik, Nauru kepada suruhanjaya diraja bagi penderaan kanak-kanak, menurut kumpulan bantuan dan kebajikan hari ini.

Sebuah jawatankuasa Senat semalam mengkritik pusat tahanan di pulau terpencil itu sebagai tidak mencukupi dan tidak selamat bagi pencari suaka dan menggesa supaya kanak-kanak dipindahkan dari kem itu secepat mungkin.

Majlis Perkhidmatan Sosial Australia (ACOSS), sebuah badan penaung bagi agensi kebajikan berkata tuduhan penderaan mesti disiasat secara bebas.

“Bagi penduduk di Australia untuk berpuas hati bahawa hak asasi kanak-kanak dalam tahanan Nauru adalah dilindungi, adalah penting tindakan Komanwel atau ketiadaan tindakan ke atas penderaan kanak-kanak disiasat oleh suruhanjaya bebas,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Kerajaan tidak menerima penemuan jawatankuasa Senat, yang mana anggota parti pembangkang, Parti Buruh dan Greens melebihi parti campuran memerintah, dan mengatakan bahawa keadaan di Nauru telah semakin baik sejak kajian kritikal awal tahun ini.

Tetapi Tessa Boyd-Caine dari ACOSS berkata penderaan kanak-kanak yang berulang kali diketahui oleh penyiasatan Senat adalah amat mengganggu dan seharusnya dirujuk kepada Suruhanjaya Diraja yang sedang menyiasat Respons Institusi ke atas Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak. Suruhanjaya itu sedang menyiasat pelbagai tuduhan fidofilia di Australia, yang termasuklah di tempat-tempat penyembahan, rumah anak yatim, kumpulan masyarakat, sekolah-sekolah dan di industri hiburan.

“Kami tidak berpuas hati dengan situasi kanak-kanak di pusat tahanan Nauru telah semakin baik dan begitu juga perlindungan mereka tidak mencukupi daripada penaniayaan atau penganiayaan berulang kali,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA