Suruhanjaya Pakistan raikan anak-anak yatim

Suruhanjaya Pakistan raikan anak-anak yatim

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Seramai 200 orang anak yatim yang berdaftar di bawah Jabatan Daerah Brunei dan Muara hari ini menerima sumbangan derma daripada Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Brunei pada majlis yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

Sumbangan derma kepada anak-anak yatim disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Brunei, Ahmed Ali Sirohey.

Turut hadir ialah komuniti Pakistan di Brunei serta para ibu bapa dan penjaga anak-anak yatim yang diraikan. Sumbangan derma tersebut adalah hasil sumbangan dari usahawan-usahawan Pakistan i Haji Syed Muhammad Anayayat Shah, Firoz Khan, Shoukat Bukhari, Ismail Afridi dan Muhammad Azam.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil beramai-ramai sebelum penyampaian sumbangan derma dan diikuti dengan majlis berbuka puasa.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim yang diraikan.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim yang diraikan.

ARTIKEL YANG SAMA